Rich Dad Poor Dad- BY ROBERT T KIYOSAKI

Baru-baru ni, saya rajin membaca satu buku bertajuk RICH DAD POOR DAD yang ditulis oleh Robert T Kiyosaki.

Siapa Robert T Kiyosaki? beliau amat terkenal hampir di seluruh dunia. Seorang usahawan pendidikan,pencipta mainan berpapan CASHFLOW,pengasas Rich Dad Company dan penulis buku bestseller berkaitan kewangan.

Saya dah lama tahu akan kewujudan Robert T Kiyosaki tapi hanya melalui quotes yang ada di internet yang kebanyakkan kata-kata atau quotes beliau di muatnaik oleh masyarakat Indonesia. Kebanyakkan kata-kata atau quotes beliau berkenaan kewangan dan semangat perubahan diri.

Apa yang membuatkan saya tergerak hati untuk membaca tulisan beliau apabila suatu hari saya melayari internet dan mencari kata kunci 'bagaiman cara untuk menambah pendapatan', lalu carian saya di Google membawa saya kepada satu artikel yang menyebut bagaimana seorang lelaki yang bernama Robert T Kiyosaki mengubah kehidupannya dari zero kepada hero melalui tulisannya. Semangat ingin tahu saya telah membuatkan saya bersungguh-sungguh untuk mencari buku tulisan beliau yang bertajuk 'Rich Dad Poor Dad".

Alhamdulillah pencarian saya dipermudahkan oleh Allah. Saya telah menemui buku tulisan beliau di Pusat Pembelajaran Presint 8 atau kata mudahnya Perpusatakaan Presint 8.

Setelah saya selak dan baca satu persatu buku 'Rich Dad Poor ad' baru saya faham konsep kewangan. Bagaimana pendapatan menjadi aset bagi menjana pendapatan yang lain. Bagaimana cara perbelanjaan orang kelas atasan,.menengah dan bawah. Bagaiman pendidikan melalui pengalaman adalah pendidikan terbaik berbanding pendidikan arus perdana. Bagaimana corak pemikiran seorang yang bekerja kerana hidup dan hidup untuk bekerja dan yang paling penting apa pentingnya pendidikan berkenaan perakaunan,simpan kira-kira dan penyata pendapatan.

Tulisan beliau telah membukan minda saya betapa pendidikan kewangan amat penting bagi setiap anak-anak supaya masa depan mereka akan lebih terjamin. Jika ada wang berjuta tetapi anak-anak tidak didedahkan dengan kepentingan perakaunan ,maka sia-sia pelaburan ibu bapa kepada anak- anak.

Antara intipati buku 'Rich Dad Poor Dad' yang boleh diambil sebagai bahan rujukan

'Kita mmenghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah,tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang.Inilah sebab utama kenapa kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk mendapatkan wang,bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita'

'Orang miskin dan kelas menengah bekerja untu wang. orang kaya mempunyai wang yang bekerja untuk mereka'

'Hidup manusia selamnya di kawal oleh dua emosi, takut dan tamak'

'Ramai orang berkata mereka tidak berminat dengan wang tapi ironinya mereka bekerja selama lapan jam sehari'

Di atas antara tulisan-tulisan yang saya ambil sedikit di dalam buku 'rich dad poor dad'.

Untuk pengetahuan umum, saya masih berusaha menghabiskan bacaan buku 'Rich Dad Poor Dad' bagi memahami selok belok dunia kewangan, satu dunia yang saya yakin saya kurang berminat sebelum ini tetapi setelah tuhan turunkan ujian kesempitan wang membuatkan saya berfikir, saya perlu lakukan sesuatu.

Buku ini juga telah membuka minda dan corak pemikiran saya dari seorang yang berfikiran seolah-olah poor dad kepada pemikiran rich dad.

Apa pemikiran poor dad? apa agaknya pemikiran rich dad?

Jika anda yang membaca tulisan ini mahu tahu, boleh dapatkan buku "rich dad poor dad" ini. buku ini terdapat dalam dua versi, versi bahasa melayu dan versi bahasa inggeris.

Jika anda terfikir untuk membelinya, kuburkan keinginan anda kerana buku ini tidak lagi dijual dan anda hanya boleh dapatkannya melalui pinjaman di mana-mana perpustakaan.

Moga apa yang saya kongsikan ini menjadi satu yang bermanfaat pada anda semua.


Credit: RICH DAD POOR DAD BY ROBERT T KIYOSAKI
       IMAGE BY GOOGLE
       RICH DAD POOR DAD EDISI BAHASA MELAYU


Comments

Popular posts from this blog

Pasar Malam Lanchang!!!!

10 kata-kata motivasi .