10 kata-kata motivasi .
Setiap orang punya masalah sendiri.
Ada yang lebih senang berdiam diri tanpa berbuat apa-apa,ada pula yang suka
berkongsi dengan mereka yang rapat dengannya. Tidak kurang juga yang lebih suka biarkan masalah itu berlalu begitu sahaja.
Pelbagai masalah yang menghantui kehidupan
kita sebagai manusia, dari sebesar-besar
masalah sehingga sekecil-kecil masalah. Ada orang berpendapat seperti
hilang stokin di waktu pagi adalah satu masalah besar bagi mereka, tapi lain
pula dengan yang seorang lagi di buang kerja dianggap masalah kecil kerana
selagi namanya berada di mukabumi ini,
selagi itu mereka akan mendapat pekerjaan.
Tiada apa yang boleh membantu kita jika kita berhadapan masalah melainkan diri sendiri.
Di bawah saya sertakan beberapa
kata-kata hikmah ataupun motivasi bagi mereka yang mempunyai masalah tidak kira
besar atau kecil. Kita hanya berusaha untuk menjadi yang terbaik, selebihnya
biarlah Allah SWT yang menentukan.
Moga kata-kata hikmah ini
memberi motivasi kepada anda.
Gunakanlah kalimah “la haula
wala quwwata illa billah’,kerana kalimah ini dapat melapangkan dada
anda,memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan dan akan menjadikan
diri anda diredhai oleh Allah.
Perbanyakkan beristighfar,
kerana dengan beristighfar akan mendatangkan rezeki,kelapangan,keturunan yang
baik,ilmu yang bermanfaat, adanya kemudahan serta dapat menghapuskan dosa.
Hiduplah bersama
Al-quran
(bagi yang islam) dan kitab-kitab lain(bagi yang bukan islam) kerana Al-quran
penawar terbaik dan mujarab bagi orang islam.
Janganlah bergaul dengan orang yang bersifat negatif
seperti pedengki misalnya kerana
mereka ini boleh merosakkan jiwa dan pemikiran kita.
Senyumlah dan maniskan wajah anda kepada sesiapa sahaja,in sha
Allah anda akan mendapatkan cinta dan kasih mereka.
Doa kedua orang tua adalah doa yang tiada hijab, maka berbuat baiklah
kepada ibu bapa kita selama mereka masih hidup dan sentiasa doakan kebaikan
mereka jika mereka sudah tiada.
Pandang mereka yang lebih susah, miskin, tidak berkemampuan
dan rendah dari kita
supaya kita lebih mensyukuri setiap rezeki dan nikmat dari Allah SWT.
Cubalah untuk bermuhasabah diri,selidik segala kesilapan samada dengan manusia ataupun
Allah SWT supaya dapat memikirkan akhirat dan memperbaiki dunia kita. Kata orang
dunia pon dapat apatah lagi akhirat.
Percaya pada kemampuan diri sendiri dan janganlah mengharapkan bantuan
orang lain, selagi mampu kita buat dan usaha sendiri.
Jangan
terlalu memikirkan perkara-perkara remeh kerana ada banyak lagi perkara besar yang perlu kita selesaikan dan
utamakan.
Bagaimana?
Besar harapan saya supaya anda yang
membaca artikel ini dapat menyuntik 1001 semangat dan harapan baru pada anda.
Ingat!!!
Tiada manusia di dunia ini yang Allah
SWT lepaskan tanpa ada masalah.
Jadi
Terus memotivasikan diri supaya kita
akan menjadi manusia yang dipandang tinggi oleh Allah SWT dan manusia lainnya.
Sekian , wasalam.
‘Jika tidak dipecah ruyung, manakan
dapat sagunya’
Comments
Post a Comment